Bismillahhirrahmannirrahim

Bismillahhirrahmannirrahim

Tuesday, 18 June 2013

Muamalat dalam islam

MUAMALAT DALAM ISLAM


bagi kita, apabila kita mendengar tentang perkataan "muamalat" ini, sering kali kita merujuk tentang Bank Muamalat ataupun perbankan islam... tapi secara lahiriahnya, apakah sebenarnye erti mahupun maksud akan muamalat ini dan apakah kelebihan yg dapat kita gunakan sebaik mungkin?


  • Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar(sistem barter), pinjam-meminjam dan sebagainya yg melibatkan transaksi.
  • Ianyanya juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah S.W.T yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial islam
    • secara ringkasnya, segala harta di muka bumi ini, mahupun dilaut atau di dasarnya adalah milik Allah S.W.T secara mutlak. Manusia diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran oleh Allah S.W.T untuk mencari harta yang telah disediakan oleh Nya. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanah Allah S.W.T dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut yakni dimana, mengapa dan mengapa harta itu dibelanjakan.
    • Firman Allah S.W.T
 
Maksudnya : Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

(Surah Al-Mulk Ayat 15)(Al-Mulk 67:15) 


  • mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh islam, kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengannya juga seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama
  • dalam islam, umat islam dikehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya di jalan Allah(kebaikan @ kebajikan) untuk faedah bersama



Meskipun, syariat telah membenar dan menggalakkan pencarian harta duniawi ini, islam telah menggariskan beberapa panduan/peraturan bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dijalankan itu secara halal(sah) dan diredhai Allah S.W.T.

  • PERATURAN
    1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai Allah s.w.t.
    2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, jujur, adil dan tiada unsur-unsur penipuan.
    3. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama islam dan yang bukan islam.
    4. Dan yang paling UTAMA sekali, setiap kegiatan yang dijalankan mestilah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah serta keimanan dan ketaqwaan yang penuh kepada Allah s.w.t. Kerana keimanan kepada Allah s.w.t merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakuan perkara-perkara yang tidak diingini.


Jika direnung kembali, jikalau islam sudah membenar dan menggalakkan pencarian harta duniawi ini, mengapa kita masih perlu akan segala peraturan atau "guided line" ini? ini kerana, islam itu indah, saksama lagi adil serta tidak mengenal jantina, kaum mahupun bangsa. Oleh itu, kesimpulan daripada peraturan sebentar tadi ialah :


  • TUJUAN
    1. Supaya di dalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu 'kecurangan' seperti rampas0merampas, ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya.
    2. Kehendak manusia itu sendiri untuk meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi di sisi-Nya dan memperoleh keredhaan  Allah di dunia dan akhirat
    3. Supaya manusia berusaha dan bekerja di jalan yang benar dan memperolah hasil(rezeki) yang halal.

Sabda Rasullullah s.a.w : maksudnya :

Daripada Abdullah bin An - Nukman bin Basyir r.a katanya :
" Aku telah mendengar rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu nyata(jelas hukumnya) dan yang haram itu juga nyata(jelas hukumnya) dan diantara kedua-duanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui akan manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara ini(syubhah) sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara ini(syubhah), maka sesungguhnya ia telah terjatuh kedalam perkara-perkara yang haram. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangannya dan kawansan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah di haramkannya. Dan ketahui sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuhnya, sekiranya ianya rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."




  • PERANAN
    1. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat islam akan melahirkan masyarakt yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Inilah matlamat muamalat dalam islam islam demi kesejahteraan umat islam.
    2. Muamalat dalam islam bertujuan menghidarkan berlakunya sebarang penindasan sesame manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
    3. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. kita hendaklah mennggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba’, rasuah, menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.
    4. Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan Negara.
    5. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong-menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.

Sabda Rasullullah s.a.w : Maksudnya :

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasullullah s.a.w :Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu, dia tidak akan mendapat pahala, bahkan dosa yang akan menimpanya”

(Riwayat Ibnu  Khuzaimah Ibnu Hibbau dan Al-Halim)



Berhubungkait dengan perkara di atas, sekiranya muamalat ini tidak dijalankan mengikut syariat islam, terdapat beberapa kesan yang akan timbul.

  • KESAN-KESAN TIDAK MENGIKUT SYARIAT ISLAM DALAM MUAMALAT
    1. Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan.
    2. Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
    3. Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
    4. Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
    5. Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan melakukan pembaziran.
    6. Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Lengkaplah sudah akan segala perkara-perkara asas tentang isu muamalat dalam islam ini, oleh itu, dapat disimpulkan disini akan natijahnya(kesimpulan) secara lebih terbuka dan tepat.

  • FADHILAT
    1. Memperoleh harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t
    2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan.
    3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t
    4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

(Surah Al-Hadid Ayat 7)(Al-Hadid 57:7)